Friday, October 8, 2010

- SeJaRah CinTa kaMi -

Setiap orang yang pernah melalui zaman percintaan pasti mempunyai kenangan mereka yang tersendiri.. Detik-detik perkenalan..sehinggalah ke saat persahabatan..percintaan..lalu ke alam perkahwinan.. wahh bahagianya pabila kita mengenangkan zaman perkenalan kita bersamanya kan...pasti tanpa kita sedari kita akan tersenyum sendiri mengenangnya kembali..

aku jua seperti insan lain yang punya kenangan indah itu.. Salah nombor?? hehehhe itulah detik perkenalan aku bersamanya... masa tu akhir tahun 2004.. akibat dari kesilapannya yang tersalah nombor itu, kami menjalinkan hubungan persahabatan.. Masa tu, aku memang takda perasaan pun pada dia..hanya kawan semata-mata.

Tarikh 20.8.2006 adalah tarikh "blind date" pertama antara aku dan dia. Hakikatnya dalam pertemuan itu aku hanya ingin menemai kawanku untuk bertemu dengan kawannya yang telah bercinta di "alam maya". Tapi lain pulak jadinya. Selepas pertemuan pertama itu, aku dan dia yang mula bercinta. Tetapi kawan ku dan kawannya yang berpisah. Mungkin ini yang dikatakan jodoh. Maka sejak pertemuan itu, bermulalah kisah cinta antara aku dan dia. Bahagia sangat sewaktu si dia meluahkan perasaannya padaku setelah pertemuan pertama itu..=)


Kini, sudah masuk tahun 2010. Bermakna sudah genap 6 tahun perkenalan antara aku dan dia. Hubungan yang dibina masih lagi kekal bahagia. Kasih dan sayang masih utuh bersemi di hati.. Alam perkahwinan??? biarlah Dia Yang Maha Esa yang menentukannya. Sebagai hambaNya, aku selalu mendoakn agar si dia adalah jodoh yang terbaik yang dikirimkan olehNya untuk diriku.. Moga hubungan ini akan berakhir dengan satu ikatan yang suci dan abadi hingga ke syurga...Amin Ya Rabbal Alamin..~~

Salam -eYda-

No comments:

Post a Comment