Wednesday, April 25, 2012

- "SABAR" ibu segala ILMU" -

Assalamualaikum....

Alhamdulillah, syukur kepada Ilahi.. Tuhan yang Maha Mengetahui setiap detik dan saat yang kita lalui. "Sabar" ramai yang gemar menggunakan istilah "sabar" ketika mereka di timpa sebarang musibah dan kesulitan hidup. namun sejauh mana tahap "sabar" seseorang insan itu... adakah sesaat? seminit? sebulan? setahun? dan bertahun-tahun?? semua insan ada tahap kesabarannya.. Namun yang membezakan tahap kesabaran seseorang itu adalah seberapa kuat iman nya kepada Allah S.W.T. Lagi kuat iman seseorang itu kepada qada' dan qadar Allah, lagi kuat kesabaran yang wujud dalam diri nya... (^__^)

Dan hari ini...kesabaran yang telah saya tanam untuk setahun lamanya telah membuahkan khabar yang sangat menggembirakan... Bukan sahaja mendapat rezeki yang di nanti-nantikan, malah sepanjang saya menanam kesabaran yang utuh di hati ini... Allah telah membuka pintu hati saya untuk mengenal lebih mendalam lagi tentang apa itu "keseronokkan hidup" yang sebenar... Bukan harta, bukan wang, bukan dunia semata-mata yang boleh membuat kita "seronok". Hanya insan yang berusaha untuk mendekatkan diri kepada Allah S.W.T sahaja dan atas kehendak Nya juga dapat merasainya... Ya Allah.... Tuhan yang Maha Pengasih lagi Penyayang.. Syukur yang tidak terhingga kerana "kesabaran yang ditanam" setahun ini memberikan hamba mu ini mengenal banyak ilmu Mu yang sangat meluas... Syukur alhamdulillah..

Oleh sebab itu saya katakan "SABAR" adalah Ibu segala ILMU... jika kita menyerahkan bulat-bulat segala urusan dunia dan akhirat kita kepada Allah S.W.T, nescaya Allah akan membuka hati kita ke jalan yang lurus... yakni jalan yang menuju kebahagiaan duniawi dan ukhrawi... InsyaAllah... sama-sama kita berdoa untuk istiqamah dalam menjaga iman kita sebagai hambaNya yang sangat kerdil ini... aminn~

********************** (^_^)***************************

Wednesday, April 18, 2012

- TIMUN - KuLit canTik & HaLus -

Wah! hari ni saja nak update tentang kecantikkan pulak. Pejam celik pejam celik dah genap setahun saya bergelar "penganggur terhormat" !! huh? hormat lar sangat... ehhheee.. anyway dalam duk saja ni banyak masa di luang tuk belajar cara menjadi "suri rumah" yang berjaya. cewah !! =) anak perempuan la katakan... so kena tahu la sikit sebanyak tentang dunia "suri rumah" ni.

Dalam duk godek-godek internet ni, selain ber "pesbuk" saya ada juga cari sikit-sikit ilmu tentang perubatan tradisional ni. Al maklumlah... perempuan dan kecantikkan memang tak boleh dipisahkan. so nak beli barang kecantikkan seperti krim bagai memang tak mampu lah. sebab kerja pun belum lagi. so nak cantik jugak try lah cara tradisional yang jimat lagi berkesan ni. heeheee...

KULIT KAYU MANIS. berdasarkan banyak entri yang saya baca, kulit kayu manis ni mampu menghilangkan parut jerawat, bintik-bintik hitam, dan mencegah jerawat. so nak cantik lah katakan. alang-alang muka tengah ada bekas jerawat..saya pun dengan beraninya menepek kulit kayu manis yang dah dilumat ke muka. wah !! baru 2 malam saya pakai nak apa tahu hasilnya??? kulit saya terbakar dan lebam !!!! heheeee... so after dah jadi mcm tu. i terus stop using da kulit kayu manis. namun, saya tetap tak lemah semangat! nak tahu apa saya buat after muka jadi lebam??? nah ini dia...

TIMUN

Haaaa.... ini dia bahan yang sangat membantu saya untuk memulihkan semula kulit muka yang lebam hasil cubaan saya menggunakan kulit kayu manis. TIMUN bukan saja membantu memulihkan kesan lebam akibat terbakar di muka. malah TIMUN juga telah menjadikan kulit muka saya semakin licin, lembut, dan pori-pori muka pun semakin mengecil.. wah!!! sungguh teruja saya di buatnya. nak tahu berapa lama saya mencuba MASKER TIMUN ni..?? hanya dengan penggunaan 3 kali masker TIMUN di tepek ke muka, akhirnya kesan lebam tadi telah bertukar menjadi kering, dan mengelupas. akhirnya, ALHAMDULILLAH... kulit muka saya telah kembali pada asalnya dan semakin lembut... malah pori-pori juga semakin mengecil..!!

So sudah terbukti TIMUN bukan saja sedap di makan bersama sambal belacan, malah sangat elok untuk kulit muka... sekarang saya telah menjadikan MASKER TIMUN sebagai amalan hidup saya. Selain masker timun, masker TELUR juga sangat elok untuk kulit muka. wah..!!! sekarang nak kulit muka cantik tak perlu berbelanja mahal... Dah terbukti amalan tradisional ni sangat berguna dan berhasil. so cubalah ya!! rasakan sendiri kenikmatannya..!! heeheeee 

so, ni sajalah pengalaman yang dapat di kongsi untuk hari ini. nak cari banyak petua lagi ni. eheee~ ok tadaa..~

-wasalam-







Tuesday, April 17, 2012

SaJak TiMe Windu


wah! lama sungguh tak update blog~ hmmm petang2 ni sambil layan angin sepoi2.. rase nak buat sajak lak! heheheeee~ hmm layannn sajak rekaan ku yang datang tidak semena-mena nih~ =)

Tajuk: RINDU KAMU LAR~ hee..

bila RINDU...
seakan diri ini tidak mampu..
bertarung rasa dan nafsu...
hanya bayangmu di dalam kalbu...

bila RINDU...
ku pejam mata tapi tak mampu...
hati terasa sungguh celaru...
memikirkan di kau yang jauh di mataku...

bila RINDU...
ku hanya mampu sebut namamu...
ku hanya mampu tatap gambarmu...
ku hanya mampu peluk bayangmu..
ku hanya mampu menahan rindu...
rinduku mekar hanya untukmu...
selalu... 



p/s: mood jiwang miwang~ hehehehe

Tuesday, September 6, 2011

sYaWaL 2011

Alhamdulillah....
Kini sudah masuk raya yang keenam umat Islam kita meraikan Hari Raya AidilFitri 2011.. ada yang menyambutnya dengan penuh rasa gembira..teruja..sedih..dan tidak pula ada yang meraikannya secara bersederhana..Bagi diri ku..raya 2011 ini sedikit hambar berbanding raya yang lalu.. Namun aku masih bersyukur kerana aku masih lagi dapat bersama kedua ibu bapa yang aku sangat sayangi...

 
~Ayah dan Ibu hembusan abadi~


Salah satu faktor yang menyebabkan raya 2011 ini membuatkan aku merasa hambar kerana aku tidak menghayati bulan Ramadhan yang lalu dengan penuh rasa tawaduk...Hal ini menjadikan aku tidak segembira insan yang lain kerana puasa yang lalu tidak aku gunakan dengan semaksima yang mungkin.. Benarlah kata orang "siapa tak puasa penuh..dia tak boleh raya" huhuuuu

~kenanGan RaYa 2011 bersama keluarGa terCinta~


Raya 2011 ini juga aku tidak dapat bersama dengan insan yang aku kasihi... mungkin jarak yang memisahkan aku dan dirinya membuat aku merasa raya kali ini tidak seindah raya yang lalu...Namun aku redha... aku pasrah dengan semua yang berlaku.. Kata-kata " PERANCANGAN TUHAN LEBIH BAIK BERBANDING DENGAN PERANCANGAN KITA" akan aku jadikan azimat dalam diri aku tuk menghadapi masa akan datang..InsyaAllah...

Sunday, October 10, 2010

- LeLaki Dan Ego -

BenarKah Lelaki dan Ego sangat akrab hubungannya??? hurmm.. sememangnya begitulah. Petang tadi sewaktu aku pulang ke Usm, sepupuku ada mengatakan bahawa lelaki dan ego adalah saling memerlukan. Walhal sepupuku itu ialah seorang Lelaki.. hurmmmm...nampak nya memang benarlah statment sesetengah pihak yang menyokong pendapat ini.



Sepupu aku ada menyatakan bahawa ada lima perkara yang akan diuji oleh seseorang lelaki itu dalam memilih pasangan hidupnya. Pertama lelaki akan menguji tahap cemburu wanita. Kedua, menguji tahap kesabaran wanita. Ketiga, menguji tahap kelakuan wanita. Keempat, menguji sejauh mana wanita itu mampu berkongsi suka duka bersamanya. Dan Kelima, menguji wanita tersebut dengan membawa wanita itu bertemu dengan kedua orang tua nya. Jika dilihat kelima-lima aspek ujian ni..pastinya keegoaan lelaki ada terselit di setiap peringkat ujian itu. Dan KeBeralahan wanita pastinya terserlah.. hurmmm.... benarlah wanita yang selalunya beralah dalam banyak hal...jika dilihat dalam hubungan percintaan aku dan si dia..aku juga merasakan hal yang sama..iaitu aku lebih banyak mengalah dalam memelihara hubungan ini... Tapi...perlu juga diingat.. Ego lelaki juga boleh Tercair dengan keikhlasan wanita..~~ =)

~eyda~

Friday, October 8, 2010

- Doa Kasih Sayang -

Ya Allah…
Seandainya telah Engkau catatkan…
Dia milikku tercipta buatku…
Satukanlah hatinya dengan hatiku…
Titipkanlah kebahagiaan antara kami…
Agar kemesraan itu abadi…

Ya Allah…
Ya Tuhanku yang Maha Mengasihani…
Seringkanlah kami melayari hidup ini…
Ketepian yang sejahtera dan abadi…
Maka jodohkanlah kami…

Tetapi Ya Allah…
Seandainya telah Engkau takdirkan
Dia bukan milikku…
Bawalah dia jauh daripada pandanganku…
Luputkanlah dia dari ingatanku…
Dan periharalah aku dari kekecewaan…
Ya Allah ya Tuhanku yang Maha Mengerti…
Berikanlah aku kekuatan…
Menolak bayangannya jauh ke dada langit…
Hilang bersama senja yang merah…
Agarku sentiasa tenang…
Walaupun tanpa bersama dengannya…

Ya Allah yang tercinta…
Pasrahkanlah aku dengan takdir-Mu…
Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan
Adalah yang terbaik untukku…
Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui…
Segala yang terbaik buat hamba-Mu ini…

Ya Allah…
Cukuplah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku…
Di dunia dan akhirat…
Dengarkanlah rintihan daripada hamba-Mu yang daif ini…
Jangan Engkau biarkan aku sendirian…
Di dunia ini mahupun di akhirat…
Menjuruskan aku ke arah kamaksiatan dan kemungkaran…
Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman…
Agar aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup…
Ke jalan yang Engkau redhai…
Dan kurniakanlah kepadaku keturunan yang soleh dan solehah…

Ya Allah…
Berikanlah kami kebahagiaan di dunia dan akhirat…
Dan periharalah kami dari azab api Neraka…
Amin…amin…Ya rabbal ‘aalamin.

salam-eYda-

- SeJaRah CinTa kaMi -

Setiap orang yang pernah melalui zaman percintaan pasti mempunyai kenangan mereka yang tersendiri.. Detik-detik perkenalan..sehinggalah ke saat persahabatan..percintaan..lalu ke alam perkahwinan.. wahh bahagianya pabila kita mengenangkan zaman perkenalan kita bersamanya kan...pasti tanpa kita sedari kita akan tersenyum sendiri mengenangnya kembali..

aku jua seperti insan lain yang punya kenangan indah itu.. Salah nombor?? hehehhe itulah detik perkenalan aku bersamanya... masa tu akhir tahun 2004.. akibat dari kesilapannya yang tersalah nombor itu, kami menjalinkan hubungan persahabatan.. Masa tu, aku memang takda perasaan pun pada dia..hanya kawan semata-mata.

Tarikh 20.8.2006 adalah tarikh "blind date" pertama antara aku dan dia. Hakikatnya dalam pertemuan itu aku hanya ingin menemai kawanku untuk bertemu dengan kawannya yang telah bercinta di "alam maya". Tapi lain pulak jadinya. Selepas pertemuan pertama itu, aku dan dia yang mula bercinta. Tetapi kawan ku dan kawannya yang berpisah. Mungkin ini yang dikatakan jodoh. Maka sejak pertemuan itu, bermulalah kisah cinta antara aku dan dia. Bahagia sangat sewaktu si dia meluahkan perasaannya padaku setelah pertemuan pertama itu..=)


Kini, sudah masuk tahun 2010. Bermakna sudah genap 6 tahun perkenalan antara aku dan dia. Hubungan yang dibina masih lagi kekal bahagia. Kasih dan sayang masih utuh bersemi di hati.. Alam perkahwinan??? biarlah Dia Yang Maha Esa yang menentukannya. Sebagai hambaNya, aku selalu mendoakn agar si dia adalah jodoh yang terbaik yang dikirimkan olehNya untuk diriku.. Moga hubungan ini akan berakhir dengan satu ikatan yang suci dan abadi hingga ke syurga...Amin Ya Rabbal Alamin..~~

Salam -eYda-