Sunday, October 10, 2010

- LeLaki Dan Ego -

BenarKah Lelaki dan Ego sangat akrab hubungannya??? hurmm.. sememangnya begitulah. Petang tadi sewaktu aku pulang ke Usm, sepupuku ada mengatakan bahawa lelaki dan ego adalah saling memerlukan. Walhal sepupuku itu ialah seorang Lelaki.. hurmmmm...nampak nya memang benarlah statment sesetengah pihak yang menyokong pendapat ini.



Sepupu aku ada menyatakan bahawa ada lima perkara yang akan diuji oleh seseorang lelaki itu dalam memilih pasangan hidupnya. Pertama lelaki akan menguji tahap cemburu wanita. Kedua, menguji tahap kesabaran wanita. Ketiga, menguji tahap kelakuan wanita. Keempat, menguji sejauh mana wanita itu mampu berkongsi suka duka bersamanya. Dan Kelima, menguji wanita tersebut dengan membawa wanita itu bertemu dengan kedua orang tua nya. Jika dilihat kelima-lima aspek ujian ni..pastinya keegoaan lelaki ada terselit di setiap peringkat ujian itu. Dan KeBeralahan wanita pastinya terserlah.. hurmmm.... benarlah wanita yang selalunya beralah dalam banyak hal...jika dilihat dalam hubungan percintaan aku dan si dia..aku juga merasakan hal yang sama..iaitu aku lebih banyak mengalah dalam memelihara hubungan ini... Tapi...perlu juga diingat.. Ego lelaki juga boleh Tercair dengan keikhlasan wanita..~~ =)

~eyda~

Friday, October 8, 2010

- Doa Kasih Sayang -

Ya Allah…
Seandainya telah Engkau catatkan…
Dia milikku tercipta buatku…
Satukanlah hatinya dengan hatiku…
Titipkanlah kebahagiaan antara kami…
Agar kemesraan itu abadi…

Ya Allah…
Ya Tuhanku yang Maha Mengasihani…
Seringkanlah kami melayari hidup ini…
Ketepian yang sejahtera dan abadi…
Maka jodohkanlah kami…

Tetapi Ya Allah…
Seandainya telah Engkau takdirkan
Dia bukan milikku…
Bawalah dia jauh daripada pandanganku…
Luputkanlah dia dari ingatanku…
Dan periharalah aku dari kekecewaan…
Ya Allah ya Tuhanku yang Maha Mengerti…
Berikanlah aku kekuatan…
Menolak bayangannya jauh ke dada langit…
Hilang bersama senja yang merah…
Agarku sentiasa tenang…
Walaupun tanpa bersama dengannya…

Ya Allah yang tercinta…
Pasrahkanlah aku dengan takdir-Mu…
Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan
Adalah yang terbaik untukku…
Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui…
Segala yang terbaik buat hamba-Mu ini…

Ya Allah…
Cukuplah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku…
Di dunia dan akhirat…
Dengarkanlah rintihan daripada hamba-Mu yang daif ini…
Jangan Engkau biarkan aku sendirian…
Di dunia ini mahupun di akhirat…
Menjuruskan aku ke arah kamaksiatan dan kemungkaran…
Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman…
Agar aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup…
Ke jalan yang Engkau redhai…
Dan kurniakanlah kepadaku keturunan yang soleh dan solehah…

Ya Allah…
Berikanlah kami kebahagiaan di dunia dan akhirat…
Dan periharalah kami dari azab api Neraka…
Amin…amin…Ya rabbal ‘aalamin.

salam-eYda-

- SeJaRah CinTa kaMi -

Setiap orang yang pernah melalui zaman percintaan pasti mempunyai kenangan mereka yang tersendiri.. Detik-detik perkenalan..sehinggalah ke saat persahabatan..percintaan..lalu ke alam perkahwinan.. wahh bahagianya pabila kita mengenangkan zaman perkenalan kita bersamanya kan...pasti tanpa kita sedari kita akan tersenyum sendiri mengenangnya kembali..

aku jua seperti insan lain yang punya kenangan indah itu.. Salah nombor?? hehehhe itulah detik perkenalan aku bersamanya... masa tu akhir tahun 2004.. akibat dari kesilapannya yang tersalah nombor itu, kami menjalinkan hubungan persahabatan.. Masa tu, aku memang takda perasaan pun pada dia..hanya kawan semata-mata.

Tarikh 20.8.2006 adalah tarikh "blind date" pertama antara aku dan dia. Hakikatnya dalam pertemuan itu aku hanya ingin menemai kawanku untuk bertemu dengan kawannya yang telah bercinta di "alam maya". Tapi lain pulak jadinya. Selepas pertemuan pertama itu, aku dan dia yang mula bercinta. Tetapi kawan ku dan kawannya yang berpisah. Mungkin ini yang dikatakan jodoh. Maka sejak pertemuan itu, bermulalah kisah cinta antara aku dan dia. Bahagia sangat sewaktu si dia meluahkan perasaannya padaku setelah pertemuan pertama itu..=)


Kini, sudah masuk tahun 2010. Bermakna sudah genap 6 tahun perkenalan antara aku dan dia. Hubungan yang dibina masih lagi kekal bahagia. Kasih dan sayang masih utuh bersemi di hati.. Alam perkahwinan??? biarlah Dia Yang Maha Esa yang menentukannya. Sebagai hambaNya, aku selalu mendoakn agar si dia adalah jodoh yang terbaik yang dikirimkan olehNya untuk diriku.. Moga hubungan ini akan berakhir dengan satu ikatan yang suci dan abadi hingga ke syurga...Amin Ya Rabbal Alamin..~~

Salam -eYda-

Thursday, October 7, 2010

CintaiLah aKu Kerana Allah.. wahai sayangku..

Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah..


Ya Allah jangan Kau coba aku
Melebihi batas mampu dan sanggupku
Ya Allah bila memang Kau coba
Aku percaya Kau sayang padaku..


Ya Allah lindungilah diriku
Dari yang menjahati menzhalimiku
Ya Allah Kaulah Maha Segala
Engkaulah pelindung hidup dan matiku..


Aku lemah tanpamu aku lelah
Aku sungguh tak berdaya
Tolongku tolongku
Ya Allah



Setiap air mataku mengalir
Allah aku lemah dan tak berarti
Setiap derai tangis membasahi
Allah jangan tinggalkan aku lagi..


saLam -eYda-

Wednesday, October 6, 2010

- SYaWaL 2010 -

salam buat semua...

Tanpa kita sedari..hari demi hari terus berlalu.. kini, SyawaL yang dinanti-nanti telah pun sampai ke penghujungnya.. Adakah SyawaL 2010 yang lalu benar-benar mengajar aku erti keinsafan yang sebenar??? mengajar aku erti kasih dan sayang pada Pencipta yang Agung... ??? Hanya Dia Yang Maha Mengetahui~~

Aku bersyukur..hari-hari yang telah dilalui..adalah hari-hari yang sangat bererti dalam hidup aku...Aku bersyukur...aku masih mampu hidup dalam kesempurnaan yang dikurniakan oleh-Nya.. aku bersyukur kerna aku masih mempunyai kedua ibu bapa dan keluarga yang sangat menyayangi diriku sepenuh hati...
Ku panjatkan kesyukuran padamu ya Rabbi... Moga orang-orang yang aku sayangi dilindungi oleh-Mu..dan sentiasa mendapat keredhaan dan rahmat-Mu...
Amin Ya rabbal alamin~~ -eyda- 

Tuesday, February 23, 2010

Berjalan Kaki dari 6.30 am- 12.00 pm

salam buat semua...
Pada 12 Febuari 2010 yang lalu, aku bersama kawan-kawan dan Dr.Radiah Yusoff  telah berjalan-jalan untuk menganalisis jalan sepanjang laluan yang bermula di padang stadium USM sehingga ke area Bukit Jambul.. wahhh memang kenangan yang tak dapat dilupakan.. Tujuan kami berjalan-jalan bukanlah untuk bersuka-suka semata-mata, tapi perlu menganalisis setiap papan tanda, nama jalan, logo-logo, lambang-lambang, kain rentang, iklan-iklan, dan macam-macam lagi yang terdapat sepanjang perjalanan kami. Waaa.. memang seronok sebenarnya sehingga aku tidak terasa penat pun berjalan kaki sejauh tu..=)

 
pelajar-pelajar HMT 329 sewaktu perjalanan di awal pagi...


         Dr. Radiah memberikan arahan tentang analisis ini..

Antara pengamatan yang dapat aku kongsikan bersama kawan-kawan adalah, sebenarnya setiap papan tanda, logo-logo, lambang-lambang, dan nama-nama jalan serta bangunan itu sebenarnya berperanan penting sebagai alat untuk menyampaikan masej atau maklumat secara verbal ataupun non-verbal kepada masyarakat. Namun, masih lagi terdapat sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab dengan membuat vandalisme ke atasnya dengan menconteng kata-kata makian, dan merosakkan papan tanda tersebut. Keadaan ini bukan sahaja merosakkan harta benda awan, tetapi menyusahkan orang lain untuk mendapatkan maklumat.

              antara papan tanda yang memberi maklumat secara non-verbal kepada masyarakat



  

antara papan iklan yang menyampaikan mesej secara fonetik dalam pengiklanan. terdapat juga unsur semantik dan pragmatik dalam iklan tersebut.


Perjalanan kami bukan sahaja tertumpu kepada papan tanda, dan lambang-lambang di setiap jalan, malahan kami juga sempat singgah di Pasar Lip Sin yang secara majoritinya adalah penduduk berbangsa Cina. Namun, walaupun majoriti penduduk di kawasan Lip Sin itu berbangsa Cina, dan peniaga yang menjual barangan pun berbangsa Cina, terdapat juga bangsa lain yang turut membeli barangan di Pasar Lip Sin tersebut, antaranya bangsa India dan bangsa Melayu. Keadaan tersebut jelas menunjukkan tiada jurang perkauman dan terdapat perpaduan kaum dan semangat satu malaysia di kawasan tersebut. Bahasa yang digunakan oleh peniaga juga tidak menjadi masalah kepada pembeli yang berlainan bangsa kerana mereka menggunakan bahasa Cina, dan bahasa Melayu dalam urusan jual beli.

 
ketika berada di hadapan Pasar Lip Sin mendengar taklimat daripada Dr. Radiah Yusoff.


Sepanjang perjalanan, terdapat banyak perkara yang telah kami pelajari. Bukan sahaja dari sudut analisis papan tanda, dan lambang-lambang, malahan kami juga telah melihat bagaimana perbezaan bahasa dan budaya boleh merentasi kehidupan masyarakat pada masa kini.

Friday, February 5, 2010

minGGu Yg StreSsss.....

 
buku sebagai sumber ilmu ku.....


huwaaa...minggu awal bulan 2 ni adalah minggu yang memenatkan bagi aku..adeyhhh... mane idaknyer, sumer dr. nak suro wat keje dorang..adeyhhh... tapi nak buat camner, dah name pun student, so kenelah bekorban masa dan tenaga demi masa depan yang cerah.. hurmmm...minggu ni jugak adalah minggu-minggu terakhir sebelum cuti mid sem bermula...cuti pun sebenarnya bukan lah sesuatu yang menyeronokkan sangat. sebab assigment banyak x siap lagi. ahahahhah tapi atleast dapatlah aku pulang ke kampung halaman untuk menghilangkan stress yang semakin membengongkan aku ni apabila dapat berpeluk cium dengan bonda tersayang nanti...heheheh okeh...untuk kata-kata semangat " dimana ada kejayaan, disitu ada kecelaruaan" heheh...chow bedah!! =)


               tengoklaaa meja student yang cemerlang..penuh giler..x sempat nak kemas..ahahha


                                      student yang serius dalam diskusinye..hehehehhe


                                          bakal guru yang berkaliber...ahahahahah


                                         penuh dengan idea2 yang bernas...hehehehehhe

Friday, January 29, 2010

avatar?? old dogs?? adnan sempit??? 2 hati 1 jiwa????

Giler wayang??? itulah kata-kata yang sseesssuuuaiii sangat bagi kaki-kaki wayang yang ader kat malaysia neh.. aku bukanlah giler wayang. tapi bulan ni boleh dikatakan every week aku ngn member2 aku g tengok wayang. Antaranya member2 yang slalu lepak ngn aku g tgk wayang ni adalah ZAIHIRA, SURIANA, KUJAT, AINI, dan my rumet FARAH.. pokai gak laa...bukan aku sorang je pokai, membe2 aku pun 2 x 5 gak.. ahahaha sebab pantang kuar jer movie baru mesti nak g tengok...maklumlaaa student la katakan.. tu yg dapat diskaun tuh.. heeee... aku sebenarnyer tak lah ketagih sangat nak tengok movie..dan aku jugak tak la benci sangat nak tengok movie kat panggung.. tapi sejak akhir2 ni makain galak lak aku ngn movie2 baru yang kuar kat panggung.. aku rase la kan, ni mesti sebab dah berjangkit ngn DR. Ody yang kaki wayang neh.. ahahahahahhah..~ ~ hope Dr.Ody tak bace blog aku neh.. heheheheh kepada kawan2 yang bace blog aku neh aku nak nasihatkan kalau nak tengok movie tu kene tengok dulu pengarah movie tu.. kalau setakat Prof Madya A Razak Mohaideen yang jadi pengarah tuk movie tu BAEK TAK YAH TENGOK...BUAT HABIS DUIT KORANG JER... jangan jadi macam aku yang dah betul2 bengang tengok citer terbaru die 2 HATI 1 JIWA yang sungguh tak berplot dan tak bernilai... sekian tuk kali ni.. wasalam... "dimana ada jalan disitu ada highway"..=)


 
farah, aku, dan zaihirah..

 
dalam lif nak naik tengok adnan sempit. best giler movie tu.......=) 


                    

duk sengeh jap lepas berpuas hati dengan movie yang betol2 berkualiti...