Sunday, October 10, 2010

- LeLaki Dan Ego -

BenarKah Lelaki dan Ego sangat akrab hubungannya??? hurmm.. sememangnya begitulah. Petang tadi sewaktu aku pulang ke Usm, sepupuku ada mengatakan bahawa lelaki dan ego adalah saling memerlukan. Walhal sepupuku itu ialah seorang Lelaki.. hurmmmm...nampak nya memang benarlah statment sesetengah pihak yang menyokong pendapat ini.



Sepupu aku ada menyatakan bahawa ada lima perkara yang akan diuji oleh seseorang lelaki itu dalam memilih pasangan hidupnya. Pertama lelaki akan menguji tahap cemburu wanita. Kedua, menguji tahap kesabaran wanita. Ketiga, menguji tahap kelakuan wanita. Keempat, menguji sejauh mana wanita itu mampu berkongsi suka duka bersamanya. Dan Kelima, menguji wanita tersebut dengan membawa wanita itu bertemu dengan kedua orang tua nya. Jika dilihat kelima-lima aspek ujian ni..pastinya keegoaan lelaki ada terselit di setiap peringkat ujian itu. Dan KeBeralahan wanita pastinya terserlah.. hurmmm.... benarlah wanita yang selalunya beralah dalam banyak hal...jika dilihat dalam hubungan percintaan aku dan si dia..aku juga merasakan hal yang sama..iaitu aku lebih banyak mengalah dalam memelihara hubungan ini... Tapi...perlu juga diingat.. Ego lelaki juga boleh Tercair dengan keikhlasan wanita..~~ =)

~eyda~

Friday, October 8, 2010

- Doa Kasih Sayang -

Ya Allah…
Seandainya telah Engkau catatkan…
Dia milikku tercipta buatku…
Satukanlah hatinya dengan hatiku…
Titipkanlah kebahagiaan antara kami…
Agar kemesraan itu abadi…

Ya Allah…
Ya Tuhanku yang Maha Mengasihani…
Seringkanlah kami melayari hidup ini…
Ketepian yang sejahtera dan abadi…
Maka jodohkanlah kami…

Tetapi Ya Allah…
Seandainya telah Engkau takdirkan
Dia bukan milikku…
Bawalah dia jauh daripada pandanganku…
Luputkanlah dia dari ingatanku…
Dan periharalah aku dari kekecewaan…
Ya Allah ya Tuhanku yang Maha Mengerti…
Berikanlah aku kekuatan…
Menolak bayangannya jauh ke dada langit…
Hilang bersama senja yang merah…
Agarku sentiasa tenang…
Walaupun tanpa bersama dengannya…

Ya Allah yang tercinta…
Pasrahkanlah aku dengan takdir-Mu…
Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan
Adalah yang terbaik untukku…
Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui…
Segala yang terbaik buat hamba-Mu ini…

Ya Allah…
Cukuplah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku…
Di dunia dan akhirat…
Dengarkanlah rintihan daripada hamba-Mu yang daif ini…
Jangan Engkau biarkan aku sendirian…
Di dunia ini mahupun di akhirat…
Menjuruskan aku ke arah kamaksiatan dan kemungkaran…
Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman…
Agar aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup…
Ke jalan yang Engkau redhai…
Dan kurniakanlah kepadaku keturunan yang soleh dan solehah…

Ya Allah…
Berikanlah kami kebahagiaan di dunia dan akhirat…
Dan periharalah kami dari azab api Neraka…
Amin…amin…Ya rabbal ‘aalamin.

salam-eYda-

- SeJaRah CinTa kaMi -

Setiap orang yang pernah melalui zaman percintaan pasti mempunyai kenangan mereka yang tersendiri.. Detik-detik perkenalan..sehinggalah ke saat persahabatan..percintaan..lalu ke alam perkahwinan.. wahh bahagianya pabila kita mengenangkan zaman perkenalan kita bersamanya kan...pasti tanpa kita sedari kita akan tersenyum sendiri mengenangnya kembali..

aku jua seperti insan lain yang punya kenangan indah itu.. Salah nombor?? hehehhe itulah detik perkenalan aku bersamanya... masa tu akhir tahun 2004.. akibat dari kesilapannya yang tersalah nombor itu, kami menjalinkan hubungan persahabatan.. Masa tu, aku memang takda perasaan pun pada dia..hanya kawan semata-mata.

Tarikh 20.8.2006 adalah tarikh "blind date" pertama antara aku dan dia. Hakikatnya dalam pertemuan itu aku hanya ingin menemai kawanku untuk bertemu dengan kawannya yang telah bercinta di "alam maya". Tapi lain pulak jadinya. Selepas pertemuan pertama itu, aku dan dia yang mula bercinta. Tetapi kawan ku dan kawannya yang berpisah. Mungkin ini yang dikatakan jodoh. Maka sejak pertemuan itu, bermulalah kisah cinta antara aku dan dia. Bahagia sangat sewaktu si dia meluahkan perasaannya padaku setelah pertemuan pertama itu..=)


Kini, sudah masuk tahun 2010. Bermakna sudah genap 6 tahun perkenalan antara aku dan dia. Hubungan yang dibina masih lagi kekal bahagia. Kasih dan sayang masih utuh bersemi di hati.. Alam perkahwinan??? biarlah Dia Yang Maha Esa yang menentukannya. Sebagai hambaNya, aku selalu mendoakn agar si dia adalah jodoh yang terbaik yang dikirimkan olehNya untuk diriku.. Moga hubungan ini akan berakhir dengan satu ikatan yang suci dan abadi hingga ke syurga...Amin Ya Rabbal Alamin..~~

Salam -eYda-

Thursday, October 7, 2010

CintaiLah aKu Kerana Allah.. wahai sayangku..

Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah..


Ya Allah jangan Kau coba aku
Melebihi batas mampu dan sanggupku
Ya Allah bila memang Kau coba
Aku percaya Kau sayang padaku..


Ya Allah lindungilah diriku
Dari yang menjahati menzhalimiku
Ya Allah Kaulah Maha Segala
Engkaulah pelindung hidup dan matiku..


Aku lemah tanpamu aku lelah
Aku sungguh tak berdaya
Tolongku tolongku
Ya Allah



Setiap air mataku mengalir
Allah aku lemah dan tak berarti
Setiap derai tangis membasahi
Allah jangan tinggalkan aku lagi..


saLam -eYda-

Wednesday, October 6, 2010

- SYaWaL 2010 -

salam buat semua...

Tanpa kita sedari..hari demi hari terus berlalu.. kini, SyawaL yang dinanti-nanti telah pun sampai ke penghujungnya.. Adakah SyawaL 2010 yang lalu benar-benar mengajar aku erti keinsafan yang sebenar??? mengajar aku erti kasih dan sayang pada Pencipta yang Agung... ??? Hanya Dia Yang Maha Mengetahui~~

Aku bersyukur..hari-hari yang telah dilalui..adalah hari-hari yang sangat bererti dalam hidup aku...Aku bersyukur...aku masih mampu hidup dalam kesempurnaan yang dikurniakan oleh-Nya.. aku bersyukur kerna aku masih mempunyai kedua ibu bapa dan keluarga yang sangat menyayangi diriku sepenuh hati...
Ku panjatkan kesyukuran padamu ya Rabbi... Moga orang-orang yang aku sayangi dilindungi oleh-Mu..dan sentiasa mendapat keredhaan dan rahmat-Mu...
Amin Ya rabbal alamin~~ -eyda-