Tuesday, February 23, 2010

Berjalan Kaki dari 6.30 am- 12.00 pm

salam buat semua...
Pada 12 Febuari 2010 yang lalu, aku bersama kawan-kawan dan Dr.Radiah Yusoff  telah berjalan-jalan untuk menganalisis jalan sepanjang laluan yang bermula di padang stadium USM sehingga ke area Bukit Jambul.. wahhh memang kenangan yang tak dapat dilupakan.. Tujuan kami berjalan-jalan bukanlah untuk bersuka-suka semata-mata, tapi perlu menganalisis setiap papan tanda, nama jalan, logo-logo, lambang-lambang, kain rentang, iklan-iklan, dan macam-macam lagi yang terdapat sepanjang perjalanan kami. Waaa.. memang seronok sebenarnya sehingga aku tidak terasa penat pun berjalan kaki sejauh tu..=)

 
pelajar-pelajar HMT 329 sewaktu perjalanan di awal pagi...


         Dr. Radiah memberikan arahan tentang analisis ini..

Antara pengamatan yang dapat aku kongsikan bersama kawan-kawan adalah, sebenarnya setiap papan tanda, logo-logo, lambang-lambang, dan nama-nama jalan serta bangunan itu sebenarnya berperanan penting sebagai alat untuk menyampaikan masej atau maklumat secara verbal ataupun non-verbal kepada masyarakat. Namun, masih lagi terdapat sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab dengan membuat vandalisme ke atasnya dengan menconteng kata-kata makian, dan merosakkan papan tanda tersebut. Keadaan ini bukan sahaja merosakkan harta benda awan, tetapi menyusahkan orang lain untuk mendapatkan maklumat.

              antara papan tanda yang memberi maklumat secara non-verbal kepada masyarakat



  

antara papan iklan yang menyampaikan mesej secara fonetik dalam pengiklanan. terdapat juga unsur semantik dan pragmatik dalam iklan tersebut.


Perjalanan kami bukan sahaja tertumpu kepada papan tanda, dan lambang-lambang di setiap jalan, malahan kami juga sempat singgah di Pasar Lip Sin yang secara majoritinya adalah penduduk berbangsa Cina. Namun, walaupun majoriti penduduk di kawasan Lip Sin itu berbangsa Cina, dan peniaga yang menjual barangan pun berbangsa Cina, terdapat juga bangsa lain yang turut membeli barangan di Pasar Lip Sin tersebut, antaranya bangsa India dan bangsa Melayu. Keadaan tersebut jelas menunjukkan tiada jurang perkauman dan terdapat perpaduan kaum dan semangat satu malaysia di kawasan tersebut. Bahasa yang digunakan oleh peniaga juga tidak menjadi masalah kepada pembeli yang berlainan bangsa kerana mereka menggunakan bahasa Cina, dan bahasa Melayu dalam urusan jual beli.

 
ketika berada di hadapan Pasar Lip Sin mendengar taklimat daripada Dr. Radiah Yusoff.


Sepanjang perjalanan, terdapat banyak perkara yang telah kami pelajari. Bukan sahaja dari sudut analisis papan tanda, dan lambang-lambang, malahan kami juga telah melihat bagaimana perbezaan bahasa dan budaya boleh merentasi kehidupan masyarakat pada masa kini.

No comments:

Post a Comment